Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Sekurang-kurangnya Itu...

Salam..

Ehem, mau tulis something, agak panjang, tapi rasa macam mau share... Bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan. Tapi memang ni lah hakikat cerita yang sy dengar.. Jangan judge selagi kisah x tamat :p Maybe TL;DR for some people, tapi... Ndapalah, divide2 kaa, baca satu perenggan setiap bulan. Atau tutup ja tab tuu, senang cerita. Haha. Okay. Teruskan.


***
WANITA tersebut mengelamun jauh. Kuperhatikan riak wajahnya buat seketika. Dia seakan-akan sedang mengimbau satu kisah yang cukup nostalgik. Kadang-kadang kepalanya digeleng ringan. Kadang-kadang pula, jari-jemarinya menggosok-gosok matanya. Menyedari bahawa sepasang mata sedang memandangnya, wanita tersebut memalingkan wajah dan memandang ke arahku dengan mata yang bersinar. Komunikasi tanpa kata, kuturuti permintaannya menerusi pandangan mata yang seakan-akan ingin aku untuk duduk di tepi, mendengar kisahnya. Sementara menunggunya untuk mula bercerita, kuamati wajahnya dari jarak dekat. Kedut-kedut pada kulitnya cukup untuk menceritakan betapa luasnya pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Saat dia membuka mulut untuk berbicara, diri ini terdiam seribu kata, terpaku melihat dan mendengar gaya penceritaannya yang bersahaja tetapi cukup menyentuh perasaan...

***

"Ma, mahu pergi main!"

Dialihkan pandangannya dari anak dalam pangkuan yang baru dilahirkan kepada anaknya yang sedang berusia 9 tahun. Dibalasnya dengan senyuman penuh kasih sayang diikuti anggukan ringan. Sebaik menerima signal persetujuan si ibu, pantas si anak berlari menuju ke arah rakan-rakannya yang sedang menunggu di hadapan rumah. Sambil memandang kelibat anaknya yang sedang berlari, dia terbayangkan nasib anaknya. Dalam benaknya, anaknya itu pasti sedang menuntut dalam tahun tiga sekiranya dia tidak berhenti belajar. Terpengaruh dengan rakan-rakan lain yang tidak ke sekolah, dia berhenti di separuh jalan ketika belajar dalam tahun dua. Masyarakat pada waktu itu, cukup berbeza. Pendidikan bukannya salah satu keutamaan, yang penting, punya wang untuk meneruskan hidup dari ke hari. Wanita ini, biarpun tidak berpendidikan tinggi, dia geliga. Dia tidak ingin membiarkan anak-anaknya dibiarkan tanpa pendidikan.


Menyedari betapa pentingnya pendidikan, ditambah pula dengan semangatnya yang berkobar-kobar untuk melihat anaknya berjaya, dia mengambil keputusan untuk menghantar anaknya kembali ke sekolah. Belum pun habis tempoh pantangnya, dia mengarahkan anaknya yang berusia 9 tahun untuk ke sekolah. Dikendongnya anak yang baru lahir sambil tangan kanannya memimpin anaknya yang berusia 9 tahun. Maka berjalan kakilah wanita itu bersama-sama dengan anaknya menuju ke sekolah yang berbatu-batu jauhnya. Perjalanan mereka pula berlatarkan tangisan pasang surut si kecil, yang mungkin tidak tahan dengan panas terik mentari. Si anak pula, semakin lama menjadi semakin tidak keruan mengenangkan nasibnya apabila tiba di sekolah nanti.

Apabila tiba di sekolah, wanita tersebut berjumpa dengan guru kelas tahun tiga dengan harapan yang tinggi menggunung. Wanita itu memohon agar guru tersebut memberi peluang kepada anaknya untuk terus belajar, menyertai rakan-rakannya yang lain. Si guru membalas dengan suara yang kuat. Satu kelas bergema dengan kelantangan suaranya.

"Anak kau yang ni bodoh! Kenapa dia tidak boleh jadi seperti dua adik-beradiknya yang lain? Jadi pandai dan dengar kata? Dia ni bodoh!"


Bodoh?

Berkecai. Hancur luluh. Teramatlah terguris hatinya mendengar kata-kata kejian terhadap anaknya. Diperjuangkannya hak diri dan anaknya dengan harapan agar anaknya dapat terus menyambung pembelajaran di sekolah tersebut. Selepas beberapa lama mereka bertikam lidah, wanita tersebut menuju ke bilik guru besar. Wanita tersebut menyuruh anaknya untuk masuk ke dalam dan berbincang dengan guru besar. Mata si anak berkaca-kaca. Diusap lembut kepala anaknya sebelum diberikan tepukan lembut di bahagian belakang. Si anak memberanikan diri untuk masuk ke bilik guru. Guru besar memberikan persetujuan agar si anak menyambung pembelajarannya di tahun tiga. Khabar yang cukup untuk membuatkan wanita tersebut tersenyum gembira.

***

Jeda. Ceritanya terhenti seketika, menahan sebak, mungkin? Mata wanita tua itu berkaca-kaca. Diriku juga tidak dapat menahan perasaan. Kupalingkan wajah ke arah lain untuk mengusap air mata yang jatuh berlinangan.

***

To be continued.. Mengantuk. :')

Saturday, January 7, 2012

2012: Entri Pertama Tahun Ini. GAGAGA!

Salam..
Arghh.. Teringat my baby, Tiger. Nanti2 sy buat entri pasal dia...

Hey people! Long time no see! Sejak tahun lepaaaas lagi sy nda update. Now, how's new year? Ok? Haha. Sebenarnya, sy agak berat hati mau meninggalkan 2011 atas sebab2 yang sy sendiri pun nda berapa pasti kenapa. Tapii, ndapalaa. 2012, insyaAllah masih panjang. Orang pun cakap, future is a mystery. Then.., let's unveil those mysteries perlahan2 together2 laa. So... Ada buat azam baru kaa? Peduli laa kamu mau tanya ka nda, sy mau bagitau juga... Sy adaa~~~ Tapi sy nda mau bagitau. Haha. Harap2 tahun neh sy dapat capai la azam tuh. Sy hanya ada 3 azam yang utama. Nda mau la list panjang2, nanti kucar kacir sy mau berusaha selesaikan suma. Tahun2 lepas pun macam tuh. Biarlah tahun neh teratur sikit. Anywayy, entri ni mungkin agak panjang (mungkin entri paling panjang pernah sy tulis).. Yalah, sejak tahun lalu nda ber-update, kan...? Jadi, sy faham la kalau ada sebahagian manusia yg mau skip2 beberapa part yang cam nda best n cam goli2 nonsense ja. (SERIOUSLY?? NDAA! Sebenarnya sy nda faham!! Napa mau skip2? Baca habissss! *memaksa*)

Macam kaler anak kucing cikgu adik perempuan sy. Masa cuti tuh dia kena bagi kerja jaga anak kucing cikgu dia. Lebih kurang macam neh la kaler, tapi belum lagi makan makanan lain. Masih kecil. Sy pun join2 ja pg tingu. Muahaha.

Walaupun baru 7 hari melangkah ke tahun 2012 neh, banyak benda yg terjadi. 1hb, 1 family hantar sy pg KK. Sambil2 tuh layan la cuti. Sebab sepanjang cuti neh kami nda pun jalan2. Ehm, I mean, keluar dari area Ranau. Bapa sy ada planning juga mau bawa jalan2 pg Tawau masa hujung bulan Disember tuh. Tapi hajat x kesampaian. Sebab waktu cuti bapa n mama sy nda sama neh. Mama sy banyak cuti masa awal bulan tapi bapa kena kerja lagi. Tym hujung2 bulan, bila bapa sy finally free, mama sy pla kena kerja. Tapi ndapa laa. Kesian sy nampak bapa n mama sy neh, mesti diorang rasa bersalah. Dalam Ranau, hurm, banyak ja berjalan. Huahua. Malu sy mengaku sebagai orang Ranau sebab banyak lagi tempat di Ranau yang sy belum explore sendiri. Haha. Masa cuti tuu, banyak juga singgah2 tempat2 yang kami besa pg masa kecil2 dulu. Sy ada memancing lagi wooo!!!! HAHAHAHHA! Masa dalam kereta tuh, mama sy bercerita lagi hal masa kami kecil2 dulu. Mama sy cakap, adik perempuan sy pernah kena kejar anjing masa kami tengah memancing di tempat tu. Haha. Tapi, bila sy ingat2 balik masa zaman kecil2 kami, adik perempuan sy neh la yang paling banyak kali terlibat dengan sesi kejar-mengejar dengan binatang2 neh. Pernah dia kena kejar kuda and kena pukul (rasanya) monyet masa kecil. HAHAHAHA! Kesian2.

Gugaguga. Ada nampak 1 turtle besar di kolam2 di playground Tanjung Aru.

Masa d KK tuh, sempat la singgah Pantai Tanjung Aru - sempat lagi makan durian sebelum berlepas. HAHA. Siap jatuh2 melekat di baju and seluar lagi. Biasalah kanak2 ribena yg baru belajar makan. Lepas tuh, jadi budak2 kecil jap, pg pantai bergambar2 dengan pose lompat2, rampas 1 swing dari budak kecil lain untuk main dengan buaian maksima sampai ter-swing tinggi2. HAHAHAH! Nasib nda putus. Kalau putus, terbang tinggi jap la sebelum landing baekkk punya di atas tanah. Lepas tuh, hantar sy pg airport. Adeh.. Serius sy tahan nangis ja. Nda sanggup sy mau pg KL balik. Ntah napa sy ada perasaan uneasy. Tapi, sy brush off dengan senyuman ja perasaan tuh. Buat silly jokes yg hanya adik beradik sy ja akan ketawa kalau dengar. Adehh.. Satu benda yg buat sy menarik nafas lega sebab pass juga masa kena check tu. Haha. Manatau dorang tahan sebab ada bau2 durian kan? GAHAHA. Sy ingatkan, teda orang perasan sy makan durian. Pergh, fast forward sikit cerita. Mau cerita 1 perbualan neh dulu. Masa tuh sy bercerita2 dengan rumate c Yassin neh, sudah lama bercerita, tiba2 dia tanya:

Dia: Di Ranau sekarang neh musim durian ka?
Me: Hurm.. Ya..? Ehhh??!!! Hidu kaa??? *sambil tutup mulut*
Dia: *diam n senyum ja.*

Kiut kannn~~~ Masa pg Velo beberapa hari yang lalu, sy nampak neh satu tempat jual arnab. Ada yg sekecil nehh!!! Itu yg buat sy kegeraman gila2!!!

Masa sampai airport tuh, ingatkan sy satu orang ja pelajar maktab yg balik tym tuh. Yalah, kalau balik tengah hari nda pa laa, berani juga sy balik sendiri neh pg maktab. Neh, balik petang n sampai KL waktu malam. Ada rasa nda berani juga mau gerak secara solo. Tapi, tym tuh la sy terserempak dengan rumate c Yassin neh. Mula2 segan juga mau tegur. Sebab, yalah, sy bukan peramah. Takut kekok ja nanti, nda da apa2 benda mau dicakap. Tapi, unexpectedly (Well, sekarang sy percaya. Expect the unexpected!), peramah juga neh orang. Semua benda yg dia cakap pun cam mahsyukkk ja kan. Yassin, bercerita2 la selalu dengan rumate ko, haha. Tukar muvie kaaa.. Banyak muvie dia tuh rasanya. Sampai2 ja KL, nda sangka pla Pipie tunggu d LCCT. Haha. Memudahkan pergerakan pg KL Sentral bersama2. Sampai KL Sentral, Pipie nda sihat, jadi ingatkan mau bermalam di surau dia tuh sehari, n esoknya baru teruskan perjalanan. (Kesian c Wira neh, sy rasa bersalah pla tym hantar dia gerak sendiri, manalah tau dia pun takut. Apa ketawa2? Lelaki nda bleh takut kaa? Tapi dia berani juga laa.) Sakali, masa sy turun balik pg bawah, surau dikunci pla. Mau nda mau, terpaksa juga sy n Pipie balik pg maktab. Ada sumber bagitau ada dorm disediakan. Bila sampai maktab, adalah dalam jam 11+. Teda pla dorm kena buka. Jadi, kami pergi bermalam ja di bilik tym Sem 1 dulu. (Buat jahat jap.)

Neh entah hasil apa neh. Tapi sy terasa macam mau gigit2 ja telinga dia. Bukan la bah gigit sampai koyak. Gilaa, sy nda suka rasa darah. Lain neh. Ada rasa besi2. HAHAHA.

2hb pla, kami blah dari bilik tuh awal2 lagi. Pg sarapan n mendaftar segala laa. Haishh.. Kecewa gila sy bila dapat tau kami pindah pg aras 2. Gilaa, dengan barang2 sy yang semakin banyak neh. Padahal, sy masih ingat lagi. Masa awal2 dulu, sy datang dengan membawa 2 beg ja. Sejak bila barang2 sy jadi banyak macam neh?? Sy pun nda tau. Paling seksa tuh tym mengangkat 1 kotak fuuuuullll dengan buku. Bukan kotak, kira kontena - yang besar (Alaa.. Tesco punya tuuu.) Serius, berat. Banyak barang2 yg tumbuh kulat (ndatau apa kamu panggil). Rak sy pun dipenuhi benda tuh. Baju2 yang memang sedia berbasuh pun jadi busuk neh. Mungkin sebab pengcahayaan kurang baik di bilik simpanan tuh. Keadaan lembab macam tuh buat kulat2 tuh macam siokkk ja mau menyambung generasi dia di atas rak sy kali. Lepas angkat suma barang... Baru sedar penghuni lama bilik baru kami kunci neh loker dia dengan barang2 dia di dalam, bahagian sy jaa la. Sy terus down oh. Susah neh sy mengemas. Ingatkan kalau mau penat, biar penat sekaliii ja. Tapi ndapalaa.. Paling sedih, wifi slow gila sini. Kadang2 sampai nda dapat connect pun. Nda terharu ka sy buat entri panjang? Haha.

Tuu mata baa. Kakak sy balik2 buat puppy eyes neh sama sy untuk minta kesian. Haha. Apa lagi? Balas balik la puppy eyes sama dia. Tapi nda jadi sangat. Hurm, mau practice lagi neh! Balik nanti buat puppy eyes sampai dia menangis terharu.

3hb, 4hb and 5hb (Happy Birthday Ardie!) - Masa terasa berlalu dengan cepat. Sebab banyak sangat benda sy kena buat. Terpaksa cuci balik SEMUA kain2 yang ditinggalkan dalam bilik simpanan tuh. Bersihkan bilik and menghadiri taklimat untuk PISMP. Yeah, terus terang sy cakap, ada sesi yang boring, ada sesi yang menarik and ada sesi yang amat kreatif. Tapi, simpan ja la kan komen2 tuh, Yassin sudah menerangkan secara (agak) detail juga dalam blog dia. TERUTAMANYA part sy bukan paling tua tuh. GAGAGA. Sy nda kisah juga bah sebenarnya sebelum neh. Serius, honest. Sebab sy rasa selesa sikit neh bila keadaan macam tuh. Mungkin sepanjang PPISMP tuh sy masih ada dihantui sedikit penyesalan. Tapi.. Sy rasa, baik tinggalkan ja laa penyesalan tuh bersama2 dengan tahun 2011. Nda ada maknanya mau menyesal lama2. Oh, waktu neh juga, kami boleh check result. PERGH. Pointer, seperti yang sy sudah sedia bayangkan dalam kepala otak sy neh, memang menurun. Tapi, result keluar I guess much better berbanding apa yg sy expect. Seriously, bila nampak result, sy jadi makin takut. Hurm. Terfikir tentang 1 benda yg betul2 amat menakutkan. Sy harap sy bukan salah seorang daripada jenis manusia yang dimaksudkan dalam artikel yg sy pernah baca...

Nampak ka tulisan warna hitam dalam bulatan oren tuh? Itulah perkataan "Xie". Biasanya tulis 2x (xie xie) bermaksud "terima kasih".

6hb pla, first tym pg kuliah. Baru jumpa 1 ja lecturer untuk sem neh. Mrs Thank. Unik kan neh surname? I knoww. Sebab sy TIDAK PERNAH lagi jumpa orang dengan surname neh setakat ni. Buat sy teringat pla dengan guru kelas kesayangan sy masa tahun 1 dan 2 (Heiiyeee, malu sy mau ingat balik. Keep it to myself.), Ms Xie (Xie - maksud dalam BI pun "thanks" juga) Sy suka surname Mrs neh and bagi sy, kisah di sebalik nama keluarga Thank neh, I dunno, but somehow, sy rasa its a beautiful mistake. Sebab? Nda pasti lah, tapi bila nampak ja perkataan "Thank", sy hanya dapat fikir benda2 yang elok2 ja. Jarang neeehh. Heee, macam besa la, kena review2 sikit juga 2011 neh. Imbas balik secara general jaa la. Sebab, 2011 betul2 antara tahun yang buat sy berubah juga neh, somehow.

Pinguuu! Perlu ka sy cakap apa2? Tengok lenggok dia berjalan ja pun suda terlampau kiuttt.

Hee, sy rasa, masa kamu masih budak2 lagi, kamu pernah juga kan membayangkan diri kamu sendiri bila sudah dewasa? Masa sy kecil2 dulu, sy pernah neh terbayang diri sy sendiri di umur 25. Haha. Sekarang bila mau masuk 21 neh, sedikit sebanyak sudah nampak sebahagian diri pada usia 25. And, benda yg agak menyedihkan, sy tau yang imaginasi kanak2 sy tuh TIDAK AKAN TERCAPAI. Coz, sy bergerak ke arah yang cukup berbeza berbanding apa yg sy bayangkan dulu. Haha, tapi kan, somehow, I'm grateful. Very2 grateful. Sebab, kamu nda akan pernah tahu apa yg sy gain daripada laluan yg sy pilih neh and how much pilihan neh mengubah pandangan sy terhadap certain thing and seterusnya mengubah diri sy sendiri. And satu lagi, sebab everything macam make sense sudah neh sekarang. I mean, about why I'm here.

Puppyyy!! *high note and terlebih excited* Sy teringat tu dua ekor anak anjing di belakang rumah kami. Entah anjing sepa. Ndalah macam neh. Anjing besa2 ja. Siok tengok gelagat dorang masa kasi makan. Haha. Tapi, bila turun dari rumah, takut juga neh bila dorang mau kejar2 manja. Eish. Tapi comel tetap comelll!

2011, banyak benda sy rasa... baru bagi sy and I ended up doing it wrong? Nda juga salah la sebenarnya, cuma bila sy fikir balik kejadian2 yang pernah terjadi tuh, sy rasa, kalau terjadi balik benda tuh dengan sy, sy mungkin akan ambil alternatif lain untuk menghadapi situasi tuh. And, ada sesetengah benda yang mungkin sy akan ubah sikit pendekatan berbanding apa yg sy sudah buat. Sebab, sensitiviti orang berbeza2 bah. Kadang2, penerimaan orang lain tuh berbeza dengan apa yg kita jangkakan. Bunyi macam menyesal, kan? Ndalah. Nda menyesal juga. Ndapaa.. Belajar dari kesilapan. Harap2 semua yang terjadi tuh mematangkan lagi kita suma. Terutama sy sendiri. Umur mau masuk 21 sudah tapi nda matang2! Benda yg sy cakap pun, sy rasa masih boleh disampaikan dengan cara yang lebih baik (kurang kasar? Yeah, sy tau cara bercakap sy kasar) tanpa menyakitkan hati orang lain. Tapi, yalah. Sy manusia biasa ja kan.

Haha. Entah napa sy rasa macam kucing neh terus gigit neh itik sejurus selepas gambar neh diambil. Heeyy... Ndalaaa.. Kucing kan kiuttt!

ANYWAYY. Lebih setahun sekelas dengan klasmet2 sekarang, sy rasa banyak benda yg kami lalui bersama. Gembira ada, sedih pun ada, marah pun ada, yang pasti... Macam2 ada la! Sekarang, bila imbas balik, sy rasa lucu pla bila teringatkan pergaduhan2 yang terjadi. Yalah, sebab masa terjadi benda tuh, perghhh. Hati punyala panas, kan? Sekarang, bila teringat balik, rasa lucu pla. Hahaha. Sorry semua.. Kalau pernah terasa hati sepanjang 2011 neh. Kalau masih ada dendam atau perasaan marah tuh, sy harap sudah la ditinggalkan bersama2 2011. Last but not least, Happy New Year! Harap belum terlambat la.. Harap2 tahun neh will be a splendid year for all of us. :)

Friday, November 11, 2011

Just Wanna Share: Lesson Of Life? Haha.

Salam..
Hands down for one of the best quote I've ever seen! (Or maybe the best.) GAGAGA.

Disebabkan sy mengalami writer's block, BEE! Writer's block la sangat! Mikirayou. Erm, kalau macam tuu, gelar blogger's block la. GAGAGA. Gila2 bersarang labah2 sudah blog neh ditambah dengan lumut2 yang menghijau-chantek-punya-kaler di dinding2 blog neh. AHH, just use your imagination. Haaa.. ANYWAYY.. Entri kali neh untuk share2 benda2 kecil yang memang sy rasa, memang macam tuu la. Semua tahu buat macam neh, tapi mungkin x semua sedar yang ia berlaku mcm tuu. Atau mungkin sy ja nampak benda neh macam neh, I'm a bit weird, you know. Yah, sy mengaku.

Kiuttt!!! Kalau kucing ada jari (I mean jari2 manusia)~ Dorang pandai menaip juga kali, kan? <3 ARGHHHH!!! Geram sy tingu tuu gambar di atas!!!!!

Pernah satu kali neh, Arif, Yassin, Syerrah, Syaf and sy duduk2 di pondok2 cendawan tepi dewan tuu bah. Berlatih untuk pertandingan "Lagu dan Puisi" (nda jadi diadakan sudah neh.) laa kunun. Lepas tuu, semua malu2 laa tym sampai bab mau menyanyi. Gila eh, lain baa perasaan nyanyi d kbox sama nyanyi di depan orang ramai. Nyanyi d kbox, layannn ja kesumbangan dan kegolian suara sendiri sebab sama kawan2 juga kan. Neh, walaupun dorang kawan2 juga, tapi nda besa baa mau nyanyi depan dorg. Ditambah lagi bila terfikir yang kena nyanyi atas pentas nanti. Gila. Simply gila.

Pondok cendawan.. Hurm, rasanya pondok2 tepi dewan tuu bukan pondok cendawan laa.. Teringat pla pondok cendawan tempat lepak geng2 kami dulu d skolah lama.. Entah adaa lagi kaa teda.. :')

ANYWAYY, hal neh terjadi tym kami tengah practice. So, it goes a lil bit like this:

Arif (?) : Bab sajak tu dah okey dah. Sekarang ni kite kene berlatih untuk nyanyian tu pula la.. Kene usehe gak cari keserasian..

Sy: Okey laa, baaa.. Baaaa.. mari la berlatih.

Syerrah (?) : Satu.. Due.. Tige!

Yassin: Kami me.. *menyedari yang dia saturang jaa nyanyi* EH! GEMO (?)!

Saya: Yassin, ko tau ka, ini kira.. lesson of life neh, kalau orang kira 1, 2, 3 untuk first tym memang semua xkan buat tuh untuk first tym, sepatutnya masa kiraan pertama kali tuu, lepas kiraan 1, 2, 3, semua x nyanyi, lepas tu kita ketawa sama2 dulu sebab xda orang yang buat, lepas tu kiraan 1, 2, 3 kali kedua baru semua buat betul2 tu! HAHAHA!

Seriously, zaman kanak2 paling best neh. All you need to care about is unicorn~ Rainbow~ and everything nice <3

Seriously, itu la sy perasan sejak budak2 lagi. Nda tau laa kalau sy ja yang masih hidup dalam.. memori keanak-anakan? AHH.. Apa sy kisah? HAHAHA.

Tuesday, November 1, 2011

Respond: 20 Ciri Lelaki Uberseksual (Version 2)

Salam..

Heckk, sentiasa membantu. This quote betul2 buat sy fikir 2x to give up on anything. Seriously, I mean, you've worked ur *ss off so hard and you wanna walk away with nothing? At least, try ur best. And if things just didn't work out the way u want 'em to be, no regret. Be grateful dengan experience n peluang yang kamu dapat. Opportunity tu jarang dapat, tahu?

Hello peeps, guys and girls yang sedang membaca.

[P/S: Baru perasan entri neh masih draft lagi.]

Hari nih rasa mau sambung lagi 10 yang terakhir. Gaahh.. Seriously, sy malas neh mengupdate blog, semalas berjalan pada waktu malam ke velo/anywhere untuk mencari makanan (Mencari? Janggal ja bunyi. [Janggal? Lain ja bunyi..] Lain? AHHH...). Belum makan malam! I hope I lost a few pounds. *Not a few sebenarnya. Kalau hilang uhm, 5kg pun bulih juga. Haha. Kesian si lemak, susah payah sy ternak dengan penuh kasih sayang.

ANYWAYYY.. Susah neh kalau cerita panjang lebar, here we go, the last 10.

Oh-Emm-Geee.. Malas.

P/S: Ada kaa orang missed bahagian sy cakap yang sy tulis SOME of my personal thought ja? Sebab untuk respond neh, sy jadikan view kawan2 neh priority untuk menjawab, sebab.. Sy x la feminin sangat. Kalau sy rasa macam disagree atau rasa pendapat sy tuu relevan, sy masukkan laa juga.

Okay, mari, betul2 masuk isi entri, okey?

11. Maskulin/berotot
Okey, honestly. Kamu tahu, kalau kamu tanya perempuan, mungkin ada juga yang jawab "ya" tapi kan, sebenarnya, kalau TERLALU BEROTOT pun perempuan akan goli neh. Haha. Honestly, ini apa yg sy dapat dari kawan2 sy. Cukuplah sekadar lelaki tu berbadan fit and tough ja. Nda perlu laa banyak sangat otot terbonjol sana sini. Seriously, haha. Lain laa kalau kamu rasa kamu akan jadi sehensem John Cena. Haha. *Hensem la sangatt~~~* Anyway, betul la juga cakap Yassin. A fit and tough guy provide a more secure feeling baa. Yalah, perempuan kan insan yang comel, lemah dan perlu dilindungi. *OH-EEMM-GEEE.. X sangka sy cakap mcm tuh.*

Sy rasa John Cena handsome neh duluu, tym musim2 sy mengikuti WWE. Sebab dia on the good side baaaa.. :)

12. Kaya
Ini... Seriously? Kalau mau cakap perempuan x kisah, memang sy menipu la. Memang ada laa juga yang sebut pasal neh, a few la. Kawan2 yang mau cari lelaki kaya neh cakap "kalau cinta seja pun, x dapat bagi makan, apa guna?" Haha, I bet she's right. Tapi, sy rasa la, sederhana ja pun okey baa, I mean, asal dapat tampung keperluan is actually more than enough laa kan? Lagipun perempuan zaman sekarang neh pun berkeupayaan juga baa. Tapi.. Yalah, ini, sy kena jawab guna jawapan standard la - bergantung la dengan perempuan tuu. Kalau kamu rasa kamu berani tanya, silalah tanya. Tapi kan, sy rasa bagi guys sendiri pun, ego tercabar neh kan if you think that you can't provide them with what women wants? Anyway, girls neh simple2 and baik2 saja baa. Kan gurls? Hahaha! ANYWAYYY, I gotta say, kalau kaya tuu, memang bonus laa. Honestly.

Hurm. Scareyy!

13. Muzikal/Literatur
Kalau kamu rajin tingu filem korea kan, kebanyakan hero dia ada kemahiran ini, kan? Lepas tuu, bila ada babak lelaki tuu menyanyi kaa, melafazkan poem kaa, mestilaa perempuan2 yang sedang tingu tuu cair and falls head over heels kan sama tu hero? Gahh.. Like I dunno. Kamu pernah ka tingu ada 1 cerita neh, I oredi forgot. Lelaki tuu x pandai menyanyi baa, sumbang gila neh. Tapi dia menyanyi untuk tuu perempuan yang dia suka. Haha. That's so GOLI (and sweet, somehow. Eeww. Ewww.). ANYWAYYY, it's the thought that counts.

Jesse McCartney... Sy pernah minat neh sebab I love his song: Beautiful Soul.

14. Keturunan ternama
Hurm, mungkin girls pernah membayangkan juga laa kalau dorg kahwin golongan neh. Tapi kan, kalau mau cari perempuan yang BETUL2 DETERMINE untuk melaksanakan benda neh, VERY RARE. Seriously, sebab perempuan (mungkin lelaki pun, I guess) kalau kamu sudah suka, mana kamu kesah lagi kan dia tuu keturunan ternama kaa bukan? Tapi yalah, berdasarkan apa yg sy mampu nampak, keturunan dia tuu kira bonus laa. (Jawapan standard bh..)

Sy google "handsome prince". Keluar gambar Prince Sweden neh.

15. Serupa artis kegemaran
Hurm, kenapa ini macam merepek ja? Seriously. I dunno what to say. Mungkin yaa? I dunno.

I'm shexxhyy, eh?

16. Intelligence is the new sexiness
Yassin cakap: Are dexterity and intelligence count as the factor of being a dream guy? Gahh. If so, then why are all the professors and savants died alone on their beds?

Haaa.. Ada betulnya juga. Tapi bukan semua kan? Girls neh UNIK baa, lain girls, lain benda yang menarik neh. Kalau sy cakap lelaki yg pandai tuu seksi, sy rasa xda juga yang membantah, (Cuma sy akan muntah sendirian laa sebab sy telah mengeluarkan kata-kata yang cukup menggolikan.)

Cute, eh? Haha.

17. Sukakan perkara feminin, walaupun gaya lelaki sejati
This is.. Hurm. Sy rasa lelaki yang jenis macam neh understanding kott...?? Macam kamu tingu laa, ada certain guy, nampak tough, sekali dia suka memasak, suka bercucuk tanam, menjahit, and banyak lagi lah~ Sepa x suka kan? Gahaha, ringan kerja ooh! ANYWAY... Heyy!! Siapa yang buat list neh?!

18. Suka cari pasal
... Okey, kamu patut ke sini untuk baca description yang cukup.. imaginative? Haha. Ngam ka tuh? Ada ka tuh? Anywayyy.. Yalah. Ada betulnya. Haha.

19. Pandai membuat kerja-kerja rumah
Ini... Sy rasa, kalau kamu baca poin 17, you'll know what girls fikir..

Can you read my poker face? Gagagaga.

20. Sukar difahami adalah suatu rupa yang mengancam
Okey, seriously, sepa yang buat poin2 neh? Mungkin ya, masa awal2 berpasangan. Tapi, kalau terlalu kerap, they might end up breaking up juga atas alasan skema: Tiada persefahaman. Seriously, kebanyakan pasangan yg berpisah (berdasarkan pengalaman orang lain) either kecurangan berlaku, bosan (ini ketara yang main2 ja) n tiada persefahaman. Tapi, entah napa sy selalu rasa "tiada persefahaman" tuu macam satu alasan ja. I mean to cover up THE REAL REASON.

Gahh.. Finally, dapat juga menyiapkan entri yang sudah berhabuk dalam draft2. MYIIHIII~Kalau x ngam sama pandangan girls, apa bleh buat laa, u can't expect all girls to give same answers untuk semua soalan neh. Kalau kamu rasa semua perempuan tuu samaa ja, then, I gotta say, YOU'RE WRONG.

Saturday, October 22, 2011

#Movie Review# Trespass

Salam..

Okey, hari nih sy kuar lagii.. Ke-boring-an melanda neh.. Siap main bowling (dilanda kekalahan 2-0, first tym woo!) Biasanya menang satu set, YANG PENTING, JANGAN main bowling d TS! Buruk! Kuat rosak! Asal main 2 set, mesti adaa ja x kena. Pin x kena kasi naik balik laa, pin kena kasi jatu laa.. Bola x naik laa, score x kira laa, AHH, yang penting, buruk. *Padahal, next tym pg sana juga nih main. Haha. Yaa baa, susah neh mau cari tempat main bowling yg lebih decent.

ANYWAYYY, let's get back to this movie review. This watching-movie thingy was rather spontaneous. Sebab tiba2 datang feel. Haha. Plan awalnya mau tingu cerita THE THING baaa.. Sebab c Farah nda mau tingu cerita tuu.. (Sy suda cakap JANGAN tingu review sebelum pg tingu muvie. But she won't listen. Ironically, here I am, writing a review hoping someone will read. Haha.)

BY THE WAYY... Seriously, I was waiting for this movie and expecting soooo much out of it! Sebab sy minat neh pelakon dia - Nicholas Cage. Selalu muvie2 dia best baa mau tingu (walaupun banyak unsur2 ehem, kamu tgk sendiri laa muvie2 dia. Haha.)

Masa tingu muvie Real Steel sama Farah hari tuu, ingatkan mau tingu muvie neh baa. Sebab memang nampak interesting neh. Haha. Lagipun pelakon dia semua yang WIN2 baa. Nicholas Cage + Nicole Kidman (padahal x pernah nampak muvie dia. Well, mungkin ada, 1, 2 @ 3?)

Susah neh mau cari poster dia.

Genre: Trespass, Thriller (?!), Kekeluargaan, Ganas (?!), Psiko
Rating: 2.9/5. Hurm, susah sikit mau decide sebab sy x pandai bezakan mana satu lagi bagus sket antara cerita nih and ABDUCTION.
Hurm, cerita neh menang sket la, sebab sy bias. Sebab dalam cerita neh ada Nicholas Cage.
Tapi, cerita neh telampau predictable, telampau mendatar and sy... Seriously, lepas keluar dr panggung xda feeling neh. Gahh..

Okey, dia penjahat yang comel. (Mata sepet, kan...)

ANYWAYYY, meh sy story2 sket ja pasal cerita neh. *Sy missed beberapa minit terawal cherita neh. Tapi xpa, masih dapat follow.* Cerita neh dimulakan dengan menunjukkan kenakalan anak perempuan dia neh. Banyak part sy boleh ramal *Girls~*. Nda tau la sy kalau muvie neh dapat pujian oleh pengkritik d barat sana. One thing for sure, pelakon2 dia semua nice2 la. Rugi neh plot macam.. Hurm. Ntahla..

Avery, anak Kyle(?) and Sarah dalam cerita neh. Chantek kan dia??? Seriously.

Anywayy, macam biasalaa.. Sy bukannya pakar dalam mengkritik muvie. Rate pun main bagi jaa neh. Kalau kamu rasa mau pg tingu, silakan laa. Tapi please, jangan lupa bawa student card. Kalau kamu rasa review sy salah n kamu rasa cerita neh best, good for you! ;) Kalau kamu bersetuju lepas tingu neh muvie. Ehem, I hate to say this but.... I told you so~~~ Haha. Jahat neh.

Friday, October 21, 2011

Respond: 20 Ciri Lelaki Uberseksual

Salam..

Hai semua, hari ni sy mau buat entri untuk respond entri si kawan yang 1 neh. EHEM. Pasal 20 Ciri Lelaki Uberseksual. To be frank, entri tuu memang siok neh mau baca (memandangkan sy suka baca bahan bacaan ringan and santai [dengan beberapa pengecualian, EHEM.]. Gahaha. Ketara neh pemalas.) Haha, lama suda baa sy rasa xda masa untuk baca novel. Sy mula ada masa baca tym lepas SPM. Lepas tuu, manada masa lagi.. Haha. Banyak benda sy rasa sy perlu buat.. (Padahal dalam masa tuu baru 2 @ 3 novel Malay sy baca and beberapa novel BI -HECKK, novel BI siok neh mau baca. SERIOUSLY. Lagi2, kalau penulis yg sy sukaa.. TEEHEE~)

ANYWAYY. Let's get back to the real thing.

P/S: Rasanya jawapan sy relevan untuk perempuan tempatan ja. AND, banyak gambar yang akan di. . . "dicilok" (perkataan neh pun cilok Yassin juga. Haha.) dari GOOGLE untuk entri kali inih. Entah, macam interesting untuk diulas ja benda neh (pic(s) after point). Haha... GAHAHA. ANDD.. 1 MORE, Sy akan masukkan a bit of my personal thoughts,*WHAT? You don't want them? GAHH.. Ada sy kisah? This is my blog, not yours, write your own entry la!*

1. Tanned-skinned man is always sexier.
Ehem, ini, sy x bleh bagi jawapan yg spesifik! Tapi, kalau tingu kawan2 sy, kebanyakan minat lelaki kulit cerah (tingu ja komen c Farah d bawah entri Yassin tuh. Haha.). Seriously. Tapi kan, bagi sy, bergantung juga baa. Ada yang cakap dia minat lelaki kulit putih, tapi sangkut sama lelaki kulit gelap n begitula sebaliknya. And, kalau kamu sendiri tingu pasangan2 yang terdapat di luar sana, kamu tingu lelaki dia, ada yg gelap n ada yang putih melepak (tp berpunya juga dua2 jenis neh). Kamu tahu kenapa? Sebab, RASANYA, most girls kan, walaupun dorg mungkin have in mind/set lelaki idaman dorg putih melepak (or vice versa) tapi, bila lelaki yg dorg kenal (lelaki yg mungkin always be there for her), walaupun x hensem n x menepati ciri2 yang dorg idam2kan, tapi.. Bila tiap2 hari nampak, (ditambah lagi kalau lelaki tu selalu layan dia baik) lama2 jadi makin hensem nih. (Walaupun pada awalnya, perempuan tuh nampak lelaki tuh muka bikin panas/ mendatangkan perasaan menyampah.) SERIOUSLY. Sebab ni laa kalau kamu tingu, ada ja kawan2 kamu yang berabisan memuji muka pasangan dia, padahal kamu tingu biasa2 ja pun. Mungkin di sini la relevannya penggunaan "Cinta itu Buta", kan? Haha. Rasanya, same goes with man. Ya ka?

Nih antara si putih hensem. Sy lebih suka nampak dia rambut gelap neh, nampak lebih... I dunno? Misterius? Haha.

Ehem, Farah. Just for you.

Rain neh, gelap kaa, cerah kaa, okey saja. Sebab mata dia sepet. HAHA.

Jejaka idaman malaya? Hmm. Ni pun tanned-skinned juga neh.

2. Lelaki yang membutangkan baju sehingga ke atas sekali nampak provokatif.
Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, provokatif bermaksud bersifat membangkitkan kemarahan atau menggoda. And, merujuk kepada ayat di atas, saya rasa, definisi kedua tuu yang sesuai. (EHEM, teringat entri c Yassin dolu2, dia cakap sy selalu pilih topik yg provokatif. Apakah maksud? Haha, sy rasa macam mau ambil juga definisi kedua untuk menyenangkan hati kecil si comel ini (EWW~). . . Haha. Mode: Keperasanan) Okey, I dunno about this, haha, I do find it a little bit funny and cute. . .and naive. Haha. Bergantung juga baa sama jenis orang. Tengok gambar and you'll know what I mean. (BTW, Farah juga x bersetuju dengan poin ini. Tapi, ko akan mengubah pendapat rasanya, lepas nampak gambar. Haha.)

Menarik neh bila lelaki yg style dia mcm nerdy tapi gaya rambut macam rock. Haha.

Nah, Farah.

Ni innocent look lagi.

Ni lelaki selalu dapat watak tech-geek neh. Tapi seriously, sy suka nampak lelaki mata sepet. HAHA. Sy x tau berapa kali suda sy cakap neh.

Barney Stinson(nama dia dalam series HIMYM). Pernah tengok series "How I Met Your Mother"? If you answered "No" to that question, kamu patut tengok tu.

3. The hottest man is the one that will never touch you, until he got your finger with silver (or SOME women prefer: gold -exclude me, please) ring
Bagi sy, kalau lelaki mau memegang2 @ minta dipegang2, perkara biasa baaaa. Baaa, BAGI TENDANGAN TANPA BAYANG (old times~ old times~~). ANYWAYY, maybe some of you suda label sy x tau malu, tapi... like I've said, malu, biarla bertempat. Inilah, rasanya, salah satu tempat yang sesuai untuk rasa malu neh (sy x malu neh kalau cakap2. Haha.). I'm not really a good person (honestly, bukan trip2 bagus.), and you might think that you're better than me, and I know that MOST OF YOU ARE better than me. So, girls, jangan senang2 bagi lelaki pegang2. Kalau dia betul2 serius, ask him to put a ring on it (showing jari manis, Beyonce's skill.). Haha. But seriously, if they've successfully lay their hands on you, hurm, babes, bukan SEMUA akan bertanggungjawab. I'M BEING SUPER-DUPER SERIOUS.

WHY?? Afraid of commitment much?? Or not even serious?

JB. Gahaha.

"If you like it then you shoulda put a ring on it~" Lagu Beyonce. OH-EM-GEE, sy teringat c Joe Jonas punya cover lagu neh. VERY GAY. Haha. Still love their voice. Walaupun mama sy cakap dorg nyanyi macam mau terberak ja. Opps. Terjangkit Dinn laa neh, taip teda censor2.

4. Lelaki yang unik: tersenyum dalam keletihan dan menangis ketika perlu.
Lelaki yg senyum dalam keletihan (yang kita boleh nampak dia sebenarnya tengah penat, senyuman mungkin tawar @ kelat) sambil menggeleng (cakap c Yassin) sememangnya KIUT. Haha. Nda perlu dia trip2 cakap "Nda penat baa." atau mengaku " Ya" (Respond bkin kecil hati, haha.). Kalau yg respond sambil senyum n menggeleng tuu, rasanya perempuan sendiri akan faham n rasa bersalah sendiri (kadang2/ rasanya la - especially kalau dorg jenis bertolak ansur n memahami) Haha. For menangis bila perlu, rasanya, siok (macam ada sedikit kelegaan baa) juga neh perasaan bila nampak weak/soft side lelaki. Haha, don't take it the wrong way. Tapi, lelaki yang selalu sangat menangis (especially kalau dia nangis lagi kerap berbanding sy), sy rasa macam mau tempiling ja and cakap "BE STRONGER!! KAU YANG LELAKI! BUKAN SY!" Haiyaa, sekarang tiba2 datang mood mau tingu WWE. Haha.

Bayangkan baa, dia suda penat pun masi senyum macam neh. Haha. Rain neh suda pg latihan ketenteraan. I hope he meets a nice girl and get married.

Skil menangis masih okey.

Skil menangis begini pun masih okey. (Hensem. Definisi macho sebenar -kenen. Haha.)

Atook ei! Opps, sorry. Yaa baa, "kiut, kiut". Macam yang reaksi kena flash jaa neh.

Ni macam muka berdendamm jaa.. Kiut masi.
P/S: Jangan jaa la nangis macam perempuan. Haha.

5. Men are way hotter if they put God over anything.
Ehem, niii... kamu tingu respond si Yassin. Dia cakap, banyak perempuan akan jawab "untuk memimpin sy" and jawapan yg sewaktu dengannya tym disoal tentang sebab dorg berpasangan. Sy rasa bilangan women yang bersetuju lebih banyak berbanding yang membangkang. Ahakz. Anyhow, to be honest, banyak kali sy tgk diri sy sendiri and think that I don't deserve a nice guy. Seriously, sebab sy rasa... there are plenty of other women yang way better and single out there. Ini juga mungkin salah satu penyebab yang membuatkan perasaan insecure dalam diri sy membuak2.

X percaya dengan poin neh? Tgk ja betapa cerita Nur Kasih neh dapat sambutan d Malaysia. Ahakz.

6. Lelaki yang seksi adalah lelaki yang membuatmu teruja bukan dengan sentuhan manja dan bisikan asmara, tetapi kata-kata biasa.
I second that part, Yassin. WHAT THE HECKKK?!!! "Sentuhan manja"?? "Bisikan asmara"??!! Gosh. This is the real meaning of GOLI. Memang paling bikin loya and sure is GOLI, okey???!!! Tapi, serius la, sy kan, goli neh bila lelaki berkata2 manis, ni la sebab sy amat susah cair. Sebab, kebanyakan lelaki kalau mau tackle perempuan, kata2 manis tuh memang x bleh blahhh! Seriously, instead of cair bagaikan aiskrim di tengah hari (what the heck?!) sy lebih kepada perasaan geli-geleman. Haha. Tapi, serius la, perempuan memang suka kata2 manis neh (ANYWAYYY, don't ever forget that ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS.). Sebab, banyak ja kawan sy terima lelaki yg selalu berkata2 manis tym mengurat dorg. Heart fluttered-lah katakan. Dulu kan, sy kena label anti-lelaki neh. Even d maktab neh, ada 1 orang lelaki (kamu xkan dapat teka punyala sepa tu lelaki, bukan course science) pernah cakap sy neh anti-lelaki. ANYWAYYYY, IT IS sexy (kenapa sy meremang bulu roma bila cakap benda ni dalam mode serius?) bila seseorang lelaki tuh berjaya grab your attention walaupun dia cuma berkata2 biasa sahaja. HAAAA.. And.., YESS Yassin, ko memang boleh tulis novel _ _ _ _ _ suda. Haha. Main2 saja tau!!!!!! Jangan ko tulis betul2!!! *Jan lupa kasi baca sy. Oh shhhheeeezzzzzhh! What am I talking about?!!!*

This is EXACTLY benda yg sy fikirkan bila lelaki mula sweet talk. Sy rasa macam dorg memang berpengalaman suda cakap ayat2 manis sama perempuan. GAHH. Please.. Tapi, kalau biadab sangat pun, bkin panas juga kan, girls?

Eicecece.. Perempuan memang sukakan kata2 manis baa. Seriously. Cuma ada certain type yang kamu bleh kecualikan (put me in the list please!). Tapi kan, yang dapat pengecualian tuu pun sebenarnya bukannya x suka kata2 manis FULLY. Cuma, bergantung laa kata2 manis tuu datang drpada siapa...

7. Funny men are hot.
Rasanya, x perlu sy cakap lagi. Sy rasa, sy pernah mengakui kebenaran ini. Sebab, lelaki lucu, I dunno, dorg ada ehem, charm dorg tersendiri. X perlu rupa yg hensem. Kalau x hensem, tapi humorous pun, lama2 nampak hensem juga tuu. Betul nih. JANGAN JA LOYAR BURUK LA.

Johnny Depp, muka memang lain dr yg lain (memang hensem), ditambah lagi sense of humor, PERGHH...

Zizan pun semakin good-looking neh sebab dia lucu.

8. Lelaki yang pernah mengalah dalam satu-satu pergaduhan (tapi tidak akan mengalah dalam pergaduhan main-main): jika kamu temuinya, maka cepat-cepat rebut!!! He's limited version!
Kamu tahu? Dalam banyak2 poin yang Yassin tulis (at least dalam 10 neh la, sebab entri dia belum full lagi) ada beberapa poin yang sy memang mengangguk2 setuju, tapi.. Dalam poin2 yang sy setuju tuu, ini la poin yang sy PALING SETUJU. Sebab? Sy memang jenis kasar, agresif, manly dan semua perkataan yang sewaktu dengannya. Haha. Seriously, tapi boys, biar la kena pada masanya (I mean, girls, sekasar2 n se-manly2 kami, ehem, ada "MUSIM SENSITIF" juga!) Faham2 ja la. Tym tu, kami lebih memerlukan seseorang untuk just be nice ja and understand. Kalau tym normal2, ehem, BRING IT ON!!! Haha. Tapi seriously, personally, sy rasa lelaki yg mengalah dalam pergaduhan (yg serius) amat kiut dan menyenangkan hati. (Bukan dayus, tahu? Kamu perlu ubah persepsi kamu tentang dayus kalau kamu rasa lelaki yg mengalah tuu dayus.) Sebab, lelaki kan, terkenal dengan ego (ya ka?).. Jadi, yalah, bila dorg sanggup ketepikan ego dorg tu, membuatkan sang perempuan rasa, ehem, special? So... Yeah. AHHH... Sy rasa goli suda. Move on.

Ini... melampau suda ahh.. (Nii baruulaa sy anggap dayus.)

Sorry baa Yassin, haha. X dapat cari gambar yang lebih sesuai daripada nih. (Ko pun search benda yang sama, sy rasa ko tau macam mana suma result2 dia kan? Baa, rahsia kita ahh. Haha.) HAHAHAHAHHA!

I haz strong arm. (BEEE..)

9. Men, who install retro or ridiculously weird fashions are charismatic.
HAAA... Terus-terang, sy sendiri pun agak suka jenis dressing macam neh. Haha, sebab dorg nampak, lain n ehem, I would say bergaya. Kaaahahahha! Bergantung juga la sama mcm mana taste perempuan tuu.. Tapi kan, sekarang, sy rasa simple T and jeans/ seluar panjang (sy x tau apa kamu panggil, tp bukan sluar slack laa. I mean, yang keluar jalan punya. Kalau formal, apa bleh buat la.) pun okey saja. Nice baa. Orang bilang "Simple and Sweet" atau "Less is More" ahhh, you all know better. (Respond makin pendek, ketara neh mula penat.) OHH. Farah bangkang ini juga. Mungkin sebab dia lebih prefer yang ... Ehem, itu rahsia kami. Haha.

Yang num. 2 tuu hampir suda. Kenapala dia kasi naik seluar. EIYE.

Simple and sweet. (Tp kenapa sy x suka nampak model dia ah?)

Simple and sweet version 2.

10. Lelaki yang fokus dengan satu soalan adalah comel. Serius. (Saya juga serius!)
Kamu tahu, ada certain tym laa, sy bukannya meningu sangat hal2 kecil neh (PADAHALLLL...) EHEM, ada certain guy(s) kan, tym dorg serius gila2/ fokus untuk jawab soalan (x kisah la soalan akademik kaa, atau yang selamba2 tanya punya ja.), kiut neh. BWAAHAHHAAH!! Sejak bila sy tulis goli2? BTW, kebanyakan respond yg sy tulis adalah based on pemerhatian sy terhadap kawan2 perempuan (and sedikit from me - walaupun "feminin" dan "Nadiah (me)", ehem, jauh panggang dari api.)

Ni... Kang Ji-Hwan. Seriously, FOR ME, among ALL KOREAN ACTOR, sy paling suka skil berlakon dia. (Sorry, Rain.) Haha. Serious. Kalau kamu mau tingu macam mana muka lelaki tengah fokus yang paling comel. Kamu tingu lakonan dia. Masa dia tengah berfikir, haha, kiut neh ekspresi.

Rain ni pun.. Adeh. Kiut. Haha. (Mama sy balik2 cakap dia x hensem.) Beee. Haha.

P/S: Sorry, sy agak susah melupakan komen yang orang lain bagi dalam keadaan dia panas, sebab, ada masanya, tym tu adalah antara masa2 dia betul2 berkata jujur tanpa risau perasaan pihak yang diperkatakan (which means, dia betul2 fikir macam tuh and dia betul2 nampak kamu mcm tuh). Seriously, personal experience. Sebab, tym marah, mana sy ingat lagi mau jaga perasaan, yang penting, ALL OUT. Sakali, lepas kemarahan reda, rasa bersalah sendiri pula. And then mula la monolog sendiri "Adeeii, kenapa la sy buat macam tuu..???!!! Basugg..." Haha. Bukan marah yaa, cuma susah lupa ja. Ngam la tuu, at least sy berjaga2.

No place for hatred. Thanks for reminding. Honestly neh. I'll be more cautious now. :)