Showing posts with label Warga Tua. Show all posts
Showing posts with label Warga Tua. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Sekurang-kurangnya Itu...

Salam..

Ehem, mau tulis something, agak panjang, tapi rasa macam mau share... Bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan. Tapi memang ni lah hakikat cerita yang sy dengar.. Jangan judge selagi kisah x tamat :p Maybe TL;DR for some people, tapi... Ndapalah, divide2 kaa, baca satu perenggan setiap bulan. Atau tutup ja tab tuu, senang cerita. Haha. Okay. Teruskan.


***
WANITA tersebut mengelamun jauh. Kuperhatikan riak wajahnya buat seketika. Dia seakan-akan sedang mengimbau satu kisah yang cukup nostalgik. Kadang-kadang kepalanya digeleng ringan. Kadang-kadang pula, jari-jemarinya menggosok-gosok matanya. Menyedari bahawa sepasang mata sedang memandangnya, wanita tersebut memalingkan wajah dan memandang ke arahku dengan mata yang bersinar. Komunikasi tanpa kata, kuturuti permintaannya menerusi pandangan mata yang seakan-akan ingin aku untuk duduk di tepi, mendengar kisahnya. Sementara menunggunya untuk mula bercerita, kuamati wajahnya dari jarak dekat. Kedut-kedut pada kulitnya cukup untuk menceritakan betapa luasnya pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Saat dia membuka mulut untuk berbicara, diri ini terdiam seribu kata, terpaku melihat dan mendengar gaya penceritaannya yang bersahaja tetapi cukup menyentuh perasaan...

***

"Ma, mahu pergi main!"

Dialihkan pandangannya dari anak dalam pangkuan yang baru dilahirkan kepada anaknya yang sedang berusia 9 tahun. Dibalasnya dengan senyuman penuh kasih sayang diikuti anggukan ringan. Sebaik menerima signal persetujuan si ibu, pantas si anak berlari menuju ke arah rakan-rakannya yang sedang menunggu di hadapan rumah. Sambil memandang kelibat anaknya yang sedang berlari, dia terbayangkan nasib anaknya. Dalam benaknya, anaknya itu pasti sedang menuntut dalam tahun tiga sekiranya dia tidak berhenti belajar. Terpengaruh dengan rakan-rakan lain yang tidak ke sekolah, dia berhenti di separuh jalan ketika belajar dalam tahun dua. Masyarakat pada waktu itu, cukup berbeza. Pendidikan bukannya salah satu keutamaan, yang penting, punya wang untuk meneruskan hidup dari ke hari. Wanita ini, biarpun tidak berpendidikan tinggi, dia geliga. Dia tidak ingin membiarkan anak-anaknya dibiarkan tanpa pendidikan.


Menyedari betapa pentingnya pendidikan, ditambah pula dengan semangatnya yang berkobar-kobar untuk melihat anaknya berjaya, dia mengambil keputusan untuk menghantar anaknya kembali ke sekolah. Belum pun habis tempoh pantangnya, dia mengarahkan anaknya yang berusia 9 tahun untuk ke sekolah. Dikendongnya anak yang baru lahir sambil tangan kanannya memimpin anaknya yang berusia 9 tahun. Maka berjalan kakilah wanita itu bersama-sama dengan anaknya menuju ke sekolah yang berbatu-batu jauhnya. Perjalanan mereka pula berlatarkan tangisan pasang surut si kecil, yang mungkin tidak tahan dengan panas terik mentari. Si anak pula, semakin lama menjadi semakin tidak keruan mengenangkan nasibnya apabila tiba di sekolah nanti.

Apabila tiba di sekolah, wanita tersebut berjumpa dengan guru kelas tahun tiga dengan harapan yang tinggi menggunung. Wanita itu memohon agar guru tersebut memberi peluang kepada anaknya untuk terus belajar, menyertai rakan-rakannya yang lain. Si guru membalas dengan suara yang kuat. Satu kelas bergema dengan kelantangan suaranya.

"Anak kau yang ni bodoh! Kenapa dia tidak boleh jadi seperti dua adik-beradiknya yang lain? Jadi pandai dan dengar kata? Dia ni bodoh!"


Bodoh?

Berkecai. Hancur luluh. Teramatlah terguris hatinya mendengar kata-kata kejian terhadap anaknya. Diperjuangkannya hak diri dan anaknya dengan harapan agar anaknya dapat terus menyambung pembelajaran di sekolah tersebut. Selepas beberapa lama mereka bertikam lidah, wanita tersebut menuju ke bilik guru besar. Wanita tersebut menyuruh anaknya untuk masuk ke dalam dan berbincang dengan guru besar. Mata si anak berkaca-kaca. Diusap lembut kepala anaknya sebelum diberikan tepukan lembut di bahagian belakang. Si anak memberanikan diri untuk masuk ke bilik guru. Guru besar memberikan persetujuan agar si anak menyambung pembelajarannya di tahun tiga. Khabar yang cukup untuk membuatkan wanita tersebut tersenyum gembira.

***

Jeda. Ceritanya terhenti seketika, menahan sebak, mungkin? Mata wanita tua itu berkaca-kaca. Diriku juga tidak dapat menahan perasaan. Kupalingkan wajah ke arah lain untuk mengusap air mata yang jatuh berlinangan.

***

To be continued.. Mengantuk. :')

Sunday, October 2, 2011

Old Lady Across The Street.

Salam..

Rasa macam lama gila x update.. Sudahlah line student xda ja kebelakangan nih! Buat assignment pun susah (ya la tuu.. Padahal masa ada dulu pun relax2 ja..)

ANYWAYY.. Hari nih sy mau share a bit pasal satu benda yang agak lama juga buat sy rasa bersalah dulu.. Rasanya, sy pernah neh tinggalkan komen di salah satu entri Yassin, masa tuh, blog pertama dia "Blog Ini Kosmos Saya" masih lagi aktif.. Tapi sy xda cakap la apa benda yg buat sy rasa bersalah. Hari nih, sy mau share, sebab.. Sy rasa, dalam dunia nih kan ada ramai orang? Jadi, seunik mana pun seseorang tu, masih ada probability apa yg dia fikirkan sama dengan beberapa orang lain di dunia ni, kalau bukan di Malaysia juga pun, probably somewhere in this world, ada orang lain yang mengalami masalah yg sama atau ada pemikiran yg sama. Apatah lagi sy yg just another typical teen kan?

Seorang nenek sedang menunggu untuk melintas jalan dengan selamat..

Kamu tahu? Pernah 1 kali tu (tym skolah menengah), sy keluar dengan mama n adik-beradik sy pergi tamu. Bapa? HAHA. Jangan harap lelaki mau ikut kalau perempuan shopping okay. (Shopping la sangat..) ANYWAYY, masa on the way mau balik tuh kan, since my mom park kereta jauh sket dari kawasan tamu (sebab memang susah cari tempat parking baa kalau pg tamu, ramai sangat kan pg selalu. Haha.) jadi, kami kena jalan kaki untuk pg tempat mama sy park tuu la. Jadi, masa kami on the way tu kan, sy sempat nampak seorang nenek tua, across the street, sedang cuba melintas jalan. Sy terhenti sekejap nih, terdetik di hati untuk membantu. Sy pun melangkah selangkah ke hadapan, try to cross the street untuk tolong nenek tu kan, tapi terhenti bila this another thought came across my mind..

Tolong la warga tua lintas jalan. It's a good deed, u know.

What kind of thought? Bagi kamu yang interested untuk meneruskan pembacaan, sy rasa soalan neh mesti ada dalam fikiran kan? Sy.. huh, kecewa oo.. Sy terfikir, apa orang lain fikir bila nampak sy tolong nenek tu? I looked around, ada beberapa orang lain yang berada di sana, sama macam sy, sedang tengok nenek tu. Tapi kenapa xda yang bergerak membantu? Ada lagi yang berada right beside her. Mungkin sebab dorang pun ada pemikiran yang sama dengan sy.

Nanti orang lain fikir kita pura2 baik la kenen tuu.. Mau trip2 baik kenen tolong orang lintas jalan..

Kamu tahu? Lepas pemikiran macam tuh keluar kan, sy jadi berbelah bagi pula. "Sy mau tolong nih, sy ikhlas ka ni? Atau sy just mau kena label sebagai orang yang baik?" Aduii, mau tolong nenek tuh lintas jalan ja pun kan? Kenapa fikir banyak sangat nii..? Tapi, itu la semua benda yang sy terfikir nii.. Sampailaa...

Melintas sendiri.. Sorry..

Nenek tu melintas sendiri baa.. As my anak mata tengok ja nenek tuh melintas dengan laju.. Sy perasan beberapa orang yang memerhati tadi pun sedang tengok nenek tuh melintas juga. Kamu tahu? Nenek tuh siap kena hon lagi oleh kereta. Masa tuh, sekali lagi kaki sy melangkah. Tapi, ditahan oleh that foolish thought. Aish. Lepas nampak nenek tuh berjaya melintas dengan selamat, I can feel a slight feeling of uhm, kelegaan? Tapi, most of it, perasaan guilty la.. Sebab sy rasa bersalah x membantu kan. Lepas tuh, sy pun turn around and nampak dorang (family sy) suda gerak agak jauh neh. Sy memanggil sambil mengejar dorg. Cuba untuk brush off tuh perasaan bersalah. Tapi, bila masuk dalam kereta perasaan tuh datang balik. Bila di rumah, kadang2 perasaan tuh datang balik. Even now pun, ada juga kadang2 sy rasa macam tuh. Tapi kan, I've come to one solution kalau berhadapan dengan situasi macam tu.

I know right!

Sekarang neh, sy rasa, peduli apa dengan apa yang orang lain fikir, kan? The most important thing is about how you really feel? Kalau memang niat mau tolong, jangan fikir panjang. Pasal apa orang lain fikir, itu hal dorang, bukan hal kita kan? And about ikhlas atau x.. Hurm, ini, kamu tahu? Sy selalu mengalami masalah neh bila buat baik di hadapan public. I mean, sebab, pertolongan tuh, bukan kamu yang pilih masa n tempat kan? I mean, kadang2 ada orang perlukan bantuan unexpectedly, macam situasi tolong nenek tuh melintas kan? Pasal ikhlas atau x, bukan kita yang nilai rasanya. AND, bukan people around us yang nilai. Kita suma tahu siapa yang Nilai kan..?

Segan sy nampak nih. Sedangkan budak2 kecil pun tahu menolong orang tua lintas jalan. Sy yang budak2 besar (ahakz.) neh x pandai pla.

Haha, bila sy terfikir macam tuh kan, sy rasa a bit lega. Walaupun sy rasa bersalah masih. (Especially bila nenek tuh siap kena hon lagi masa melintas.) PERGH. Oh, mungkin apa yang sy sebut tym d kelas PN tuh boleh juga apply? Anggap semua warga tua tuh ibarat nenek n atuk sendiri. Mungkin, kalau macam tuh, u will actually care samada dorang berjaya melintas dengan selamat atau x kan?

Ya baa, sy sudahlah hateful neh. Kalau x helpful, sy akan jadi mangsa.. Mangsa apa? Gambar kena cetak, ampai di papan dart kaa, di shooting target kaa.. Di punching bag kaa, di pin bowling kaa.. Jadi target supaya tepat neh sasaran.

ANYWAY... Just wanna say, lain kali, kalau nampak ada warga tua atau those in needs mau melintas jalan, jan lupa untuk tolong aaa...