Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Sunday, September 2, 2012

Sekurang-kurangnya Itu...

Salam..

Ehem, mau tulis something, agak panjang, tapi rasa macam mau share... Bukan bertujuan untuk memburuk-burukkan. Tapi memang ni lah hakikat cerita yang sy dengar.. Jangan judge selagi kisah x tamat :p Maybe TL;DR for some people, tapi... Ndapalah, divide2 kaa, baca satu perenggan setiap bulan. Atau tutup ja tab tuu, senang cerita. Haha. Okay. Teruskan.


***
WANITA tersebut mengelamun jauh. Kuperhatikan riak wajahnya buat seketika. Dia seakan-akan sedang mengimbau satu kisah yang cukup nostalgik. Kadang-kadang kepalanya digeleng ringan. Kadang-kadang pula, jari-jemarinya menggosok-gosok matanya. Menyedari bahawa sepasang mata sedang memandangnya, wanita tersebut memalingkan wajah dan memandang ke arahku dengan mata yang bersinar. Komunikasi tanpa kata, kuturuti permintaannya menerusi pandangan mata yang seakan-akan ingin aku untuk duduk di tepi, mendengar kisahnya. Sementara menunggunya untuk mula bercerita, kuamati wajahnya dari jarak dekat. Kedut-kedut pada kulitnya cukup untuk menceritakan betapa luasnya pengalaman hidup yang telah dilaluinya. Saat dia membuka mulut untuk berbicara, diri ini terdiam seribu kata, terpaku melihat dan mendengar gaya penceritaannya yang bersahaja tetapi cukup menyentuh perasaan...

***

"Ma, mahu pergi main!"

Dialihkan pandangannya dari anak dalam pangkuan yang baru dilahirkan kepada anaknya yang sedang berusia 9 tahun. Dibalasnya dengan senyuman penuh kasih sayang diikuti anggukan ringan. Sebaik menerima signal persetujuan si ibu, pantas si anak berlari menuju ke arah rakan-rakannya yang sedang menunggu di hadapan rumah. Sambil memandang kelibat anaknya yang sedang berlari, dia terbayangkan nasib anaknya. Dalam benaknya, anaknya itu pasti sedang menuntut dalam tahun tiga sekiranya dia tidak berhenti belajar. Terpengaruh dengan rakan-rakan lain yang tidak ke sekolah, dia berhenti di separuh jalan ketika belajar dalam tahun dua. Masyarakat pada waktu itu, cukup berbeza. Pendidikan bukannya salah satu keutamaan, yang penting, punya wang untuk meneruskan hidup dari ke hari. Wanita ini, biarpun tidak berpendidikan tinggi, dia geliga. Dia tidak ingin membiarkan anak-anaknya dibiarkan tanpa pendidikan.


Menyedari betapa pentingnya pendidikan, ditambah pula dengan semangatnya yang berkobar-kobar untuk melihat anaknya berjaya, dia mengambil keputusan untuk menghantar anaknya kembali ke sekolah. Belum pun habis tempoh pantangnya, dia mengarahkan anaknya yang berusia 9 tahun untuk ke sekolah. Dikendongnya anak yang baru lahir sambil tangan kanannya memimpin anaknya yang berusia 9 tahun. Maka berjalan kakilah wanita itu bersama-sama dengan anaknya menuju ke sekolah yang berbatu-batu jauhnya. Perjalanan mereka pula berlatarkan tangisan pasang surut si kecil, yang mungkin tidak tahan dengan panas terik mentari. Si anak pula, semakin lama menjadi semakin tidak keruan mengenangkan nasibnya apabila tiba di sekolah nanti.

Apabila tiba di sekolah, wanita tersebut berjumpa dengan guru kelas tahun tiga dengan harapan yang tinggi menggunung. Wanita itu memohon agar guru tersebut memberi peluang kepada anaknya untuk terus belajar, menyertai rakan-rakannya yang lain. Si guru membalas dengan suara yang kuat. Satu kelas bergema dengan kelantangan suaranya.

"Anak kau yang ni bodoh! Kenapa dia tidak boleh jadi seperti dua adik-beradiknya yang lain? Jadi pandai dan dengar kata? Dia ni bodoh!"


Bodoh?

Berkecai. Hancur luluh. Teramatlah terguris hatinya mendengar kata-kata kejian terhadap anaknya. Diperjuangkannya hak diri dan anaknya dengan harapan agar anaknya dapat terus menyambung pembelajaran di sekolah tersebut. Selepas beberapa lama mereka bertikam lidah, wanita tersebut menuju ke bilik guru besar. Wanita tersebut menyuruh anaknya untuk masuk ke dalam dan berbincang dengan guru besar. Mata si anak berkaca-kaca. Diusap lembut kepala anaknya sebelum diberikan tepukan lembut di bahagian belakang. Si anak memberanikan diri untuk masuk ke bilik guru. Guru besar memberikan persetujuan agar si anak menyambung pembelajarannya di tahun tiga. Khabar yang cukup untuk membuatkan wanita tersebut tersenyum gembira.

***

Jeda. Ceritanya terhenti seketika, menahan sebak, mungkin? Mata wanita tua itu berkaca-kaca. Diriku juga tidak dapat menahan perasaan. Kupalingkan wajah ke arah lain untuk mengusap air mata yang jatuh berlinangan.

***

To be continued.. Mengantuk. :')

Saturday, February 25, 2012

#Movie Review# This Means War

Salam..
This Means War

Nampak komen hari tuh ada orang cakap cerita neh best. Cerita neh rated 18+ ah. SERIOUS CASE. Nasib bertapis, sy rasa. Tapi ada ja juga beberapa dialog yang agak. . . senang cakap, tidak ditapis.

Scene sy jeles. Sebab? Sebab sy teringin main paintball!!!!!!!!! Ganas gila Tuck main paintball. Sampai budak2 suma trauma. LOL.

Genre: Love, Romantic, Comedy, Action, Friendship etc2
Rating: 3.4/5

Okay, cerita neh pasal dua orang bestfriend, F.D.R (Chris Pine) dan Tuck (Tom Hardy) yang bekerja sebagai spy and saling mempercayai sampai tahap sanggup menahan peluru untuk masing2. Satu hari, persahabatan dorang teruji dengan kehadiran seorang perempuan bernama Lauren (Reese Witherspoon). Tuck kenal dengan Lauren melalui online dating site. Sejurus selepas date dorang tamat, Lauren terserempak dengan F.D.R di kedai menyewa DVD pula. F.D.R and Tuck langsung x tau yang dorang sedang suka perempuan yang sama sehinggalah suatu hari tuu, dorang bercerita tentang perempuan yang dorang deeply in love with tu sesama dorang and siap tunjuk gambar lagii.

Permulaan yang a bit rough tapi mantap. LOL.

Cerita neh, mengaitkan percintaan dan hidup sebagai pengintip. NO! Bukan dalam mode serius. Bayangkan agen2 guna alat2 yang sepatutnya digunakan masa undercover untuk guna mengurat perempuan. LOL. Bagi sy, cerita neh predictable. Most part predictable. Tapiii, perasan ka sy rate movie neh dengan rating yang kira tinggi? Sebab bagi sy, ini kira chick-flick yang enjoyable juga and boleh tengok 2x. Yalah, jarang2 sy pg tengok muvie, crowd aktif betul buat bunyi "awww" atau gelak neh. :)

#Movie Review# Ghost Rider: Spirit of The Vengeance

Salam..
Ghost Rider: Spirit of The Vengeance.

Hari tuh pg tengok Ghost Rider neh dengan Farah. Honestly, sy x tengok pun Ghost Rider 1st. Takut juga x dapat relate dengan penceritaan Ghost Rider 2nd neh atas sebab itu. Tapi Farah cakap, kalau x tengok yang first pun boleh faham yang second neh. And yeah, truly, 1 good thing about this movie is, x perlu tengok yang first pun dapat faham juga cerita neh sebab ada juga beberapa scene flashback. Anywayy, cerita neh bagi sy x la juga jatuh ke tahap boring sangat234 sebab sy x tertidur juga. Hari tuh tengok cerita Adele: Rise of The Mummy (kalau x silap), tertidur neh sy sebab malam sebelum tuh langsung x tidur. Tapi sy x make an effort pun untuk stay awake. Tapi, sy xda cakap cerita neh AMAT2 best juga. Plot ada la sedikit mendatar.

Nicolas Cage. Sy pernah cakap sy suka lakonan dia, kan?

Genre: Action, Comedy . . ..
Rating: 2.75/5 Nda tau la apa mau bagi.

Nasib ada Nicolas Cage, LAYANNN! Cerita neh pasal Nicolas Cage buat deal dengan devil. . . Untuk Ghost Rider kedua neh, dia reveal the real reason napa dia buat perjanjian tu. Sequel neh juga ada budak kecil named Danny (Fergus Riordan) yang chomel dengan tahi lalat dekat mulut. Suka scene dorang ride the bike together. Dalam sequel neh, Johnny kena cari perkaitan yang mengaitkan dia dengan Danny supaya dapat buang spirit yg ada dalam diri dia tuu.

Suka scene2 "high" macam neh. Banyak kali juga Nicolas Cage buat.

Anywayy, kalau mau tengok cerita neh d panggung juga, pg la tengok beramai2. Baru best. Oh yaa, perasan ka? Or is it just me? Kalau tengok muvie tuh d panggung, membantu tau untuk buat kamu rasa muvie tuh lebih best berbanding tgk d laptop @ tv ja. Mungkin sebab screen besar sekali dengan audio di panggung macam best n bikin happening kalii..

Seriously, imaginasi kanak2 hampir tiada batasan.

Happy watching!

P/S: Teringin mau tengok Hunger Games pla hujung bulan March nantii..

#Movie Review# Chronicle

Salam..
Chronicle.

Agak lambat laa buat review pasal muvie neh. Tapii, yalah. Better lagi lambat berbanding langsung teda, kan? GAGAGA. Tengok muvie neh sama2 Farah and Dinn hari tuu atas recommendation Yassin. Yassin neh selalu suka muvie yang. . . Sy pun x tau macam mana mau describe. Tengok la Chronicle neh, and also movie Flipped untuk tau. . . Okeh, move on to review!

Dari kiri, Matt, Steve and Andrew. 3 Orang yang kemudiannya jadi kawan baik orr... "kawan baik"? Okey, fine, kawan baik pada asalnya and turned "kawan baik" later.

Genre: Action, School Life, Superhero2 (I guess), Comedy (Yes, I do think its funny.), Social, Family, Love, etc2 (Banyak dalam 1 muvie neh, SERIOUSLY.
Rating: 4.55/5. (GAGAGA. Tinggi dari Real Steel.)

Okay, cerita neh pasal Andrew Detmer (Dane DeHaan) yang agak anti-sosial dan punya hidup yang agak bermasalah. Selaluuu ja kena buli di sekolah, abused at home oleh bapa dia (kalau x silap pernah kerja jadi bomba tapi mula jadi ganas lepas cedera ) lepas tuh x dapat bekerja lagi, and mama dia yang sedang sakit. . . Lepas tuh, dia mula beli alat perakam untuk rakam kehidupan sendiri. Terus terang sy cakap, sy bukan peminat cara rakam dari angle macam tuh (yang macam footage/lost tape yang ditemui - I dunno what's the right word/term. Lebih kurang macam skil merakam filem Paranormal Activity.) Tapiiii, congrates to this movie sebab berjaya ubah perspektif sy. I love it, and ia betul2 menjadi. Awal2 ada penyesalan juga, tapi lepas bertahan beberapa minit, cerita neh jadi semakin interesting.

Hey Dane, nice acting skill!

Saya rasa, cerita neh mula menarik lepas dorang bertiga neh berjumpa di satu parti and end up keluar jalan2 and jumpa 1 lubang misteri. Dorang jumpa satu benda besar shiny2 and the next2 day dorang ada super power neh. Power yang boleh dorang latih untuk jadi semakin kuat. Lepas ada power tuu, Dane jadi semakin berani dan yakin. Dia mula muncul depan crowd. Masa musim dorang testing2 power la paling best cerita neh. LOL.

My favourite scene! LOLLLLLL!!!!! Masa kecil teringin mau ada patung pandai bercakap/berkomunikasi. Lepas tengok neh, RIDICULOUS CHILDHOOD WISH, MANNN!!!

Lepas lama2 ada power, Andrew neh jadi semakin x terkawal. Dia rasa dia la paling hebat. Macam. . . power yg control dia. Akibatnya, banyak la benda buruk terjadi. They lost Steve (Michael B. Jordan), and cerita neh lama-kelamaan menyentuh skala yang lebih besar, which is, the public. Nasib Matt (Alex Russell, si hensem) mengawal keadaan. Walaupun agak lewat baru berjaya, tapi huru-hara terhenti juga laa. . . . Cerita neh hanya menjadi semakin menarik ja neh bagi sy. Kalau mau lukis graph, sila bahagikan kepada 3 fasa, please. Fasa pertama - agak curam, fasa kedua - curam, fasa ketiga garisan paling2 curam. X banyak part yg predictable untuk cerita neh. Ini part yang buat sy gumbira neh.

Overall, berbaloi juga laa :)